PENDAHULUAN
Apabila Deklarasi Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) (dirujuk selepas ini sebagai Deklarasi Mastera 1995) ditandatangani oleh wakil-wakil organisasi kerjaan dan Pemerintah, serta disaksikan masyarakat dari sebahagian Negara Asia Tenggara; Negara Brunei Darussalam, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei: Negara Indonesia, oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa; dan Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (juga sebagai pencetus gagasan), pada 25 Ogos 1995 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, maka bermulakan muafakat kerjasama serantau bersepadu bagi usaha dan upaya pemartabatan bahasa dan persuratan Melayu serantau, yang sekaligus menandai kerjasama pemartabatannya ke peringkat serwajagat, lebih mendunia, iaitu ke persada antarabangsa, melampaui dunia Melayu.
Muafakat tiga Negara pendiri yang bersejarah, dan sangat signifikan ini disaksikan wakil-wakil Negara yang turut terlibar dalam forum kerjasama serantau ini, iiatu Dr. Nagasura T. Mandale (Filipina), Haji Almuddin Hashim (Singapura), Cik Nurreyan Saleh (Thailand) dan Dr. Pham Duc Thanh (Vietnam).
Muafakat tiga Negara ini bertujuan:
- merapatkan hubungan, pengertian dan kerjasama kesusasteraan bagi memajukan dan mengembangkan kesusasteraan Melayu/Indonesia kea rah menjadikan warha sastera dunia yang berwibawa;
- Menyelaraskan kegiatan dan penyelidikan kesusasteraan Melayu/Indonesia secara terpadu;
- Mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan memajukan bakat, penterjemahan, penerbitan dan pengiktirafan terhadap pencapaian mutu ciptaan sastera;
- memantapkan penyebaran dan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia sebagai wahana komunikasi, media ilmu pengetahuan dan media pengucapan seni ke peringkat serantau dan antarabangsa;
- melaksanakan segala butiran yang terkandung dalam piagam Majlis.